Thursday, December 16, 2010

aku dan sebuah rumah


Just want to share with u..
Bagaimana kalau ada sebuah rumah.. rumah tu pandai berkata2..

Mulanya, rumah tu berkata,"Saya happy kamu sayang saya... saya sayang kamu dan cintai kamu" Kemudian rumah itu panggil kamu duduk tinggal dalamnya.. rumah itu tidak teratur dan bersepah2.. kamu bersihkan dan susunkan rumah itu, hias dengan cantik dan isi segala keperluan seperti perabot, perkakas dapur, kamu basuh, bersihkan dan jaga hingga kelihatan sempurna dan cantik.. kamu sudah saling sayang dan kamu mencintai rumah itu hingga tidak sanggup kehilangannya lagi..

Rumah itu pun telah banyak meminta untuk menukar peralatan yang lama, dan benda2 yang cantik untuk memenuhi diri rumah itu,.. walaupun anda kurang kemampuan kewangan, namun anda berkorban dan mencari wang supaya dapat membeli dan penuhi semua permintaannya..

Suatu hari, rumah itu berubah hati.. umah itu meminta kamu untuk keluar kerana rumah itu telah memilih orang baru untuk masuk tinggal di dalammnya..

Kamu kecewa, sedih dan naik marah, kamu katakan kepada si rumah, "sayang, aku telah korbankan masa dan wang untuk kamu, aku penuhi kerpeluan mu walaupun aku tidak ada wang yang cukup.. aku sayang kamu dan sudah mencintai kamu sekian lama hingga hari ini.. kenapa kamu mahu usir aku sekarang?"

Rumah itu menjawab "Siapa suruh kamu buat semua tu? Saya tak paksa pun.. kamu yang beria-ia mahu bagi dan buat semua ini..., kamu pun tahu hubungan kita tidak akan ke mana.. kenapa mahu mengharapkan cinta saya? saya hanya sayang kamu, saya tidak cinta kamu.. tidak pernah cintai kamu pun.."

Kamu jawab "Tapi kamu pernah menulis sepucuk surat yang kamu sayang dan cintai aku dan kamu bahagia bersama aku..aku masih simpan surat itu.. kamu boleh lihat sendiri"

Rumah itu jawab. "Tidak, tidak... Ah! sudahlah! meluat aku bercerita tentang ini dengan kamu! pergi lah..dan kau ingat! aku tidak cintai kamu.. aku hanya sayang.. jangan lagi kamu ungkit perkara ini.. aku tidak suka... kalau kamu ungkit lagi,.. Awas kamu!!"

Lepas itu, kamu menangis seolah kamu akan mati.. berhar-hari kamu terus menangis... terasa kehilangan segalanya, hati kamu hancur dan remuk, kerana terasa diperbodohkan dan diperalatkan selama ini.. apa ertinya pengorbanan kamu selama ini??

Ada sahabat baik mengatakan "kamu tidak boleh melupakan.. to erase from ur mind is impossible.. but to accept it an go throught ur life.. let it go with times... be strong!"


:) This is the true story about me .. it is another big mistake i ever did and very hard for me to take.. tapi saya ambil kata-kata sahabat baik itu dan belajar untuk terima dan biarkan ianya berlalu mgnikut masa.. i'll always pray supaya si rumah akan temui kebahagiaan yang dicarinya.. i knew itu adalah cubaan tuhan dan mahu menguji bagaimana kita menghadapi setiap masalah duniawi..

What you say..

Thursday, November 11, 2010

Thursday, November 4, 2010

Dari tingkap rumah ku...



Setiap petang, inilah view yang menenangkan jiwa sesampainya saya di rumah... view ini yang memujuk hati agar tenang dan melupakan kepenatan di tempat kerja..
Uhhh... indahnya warna, cahaya dan susunan bangunan ini mengikut perspektif ruangan yang panjang..

Semalam ada cerita tentang lorong ini.. lorong lumpur yang sedang dibina itu... di sinilah pejalan kaki perlu berhati2, kerana sering berlaku rompakan... 2 orang guru yang sedang berjalan keluar telah disamun... beg duit dibawa pegi.. nasib baiklah, nyawa tidak dirampasnya...

tidak dapat dibayangkan, sekiranya bangunan itu mula dihuni.. bagaimanakah perubahannya nanti? Pasti hingar bingar dan riuh rendah dengan kebisingan penduduknya nanti..

Pagi tadi pun, seawal jam 6.30am, masih lena di atas katil, sudah kedengaran bunyi jentera, ketukan di tapak pembinaan.. aduik.. terganggu rehat ku, padhal hari ini cuti sempena perayaan Dewali.. bercadang nak rehat lebih sikit.. rupanya tidak.. uhh!! tapi hikmahnya... aku harus bangun dan selesaikan tugasan ku yang masih jauh untuk sampai ke penghujung.... moga tuhan bersama ku selalu untuk mengharungi segala dugaan yang mencabar ini... Syukur akan apa yang telah ku perolehi hari ini.. Dan harapan pada hari esok, segalanya akan lebih baik daripada sebelumnya..

Sunday, October 24, 2010

Bisakah ku terus hadapi perasaan ini??

Bisakah anda lalui hidup ini dengan gembira dan tenang seandainya anda menyayangi dan mencintai seseorang yang sememangnya tidak mungkin bisa menjadi milikmu seumur hidup ini? bagaimanakah anda hadapi perasaan ini dan apa yang harus anda lakukan untuk memujuk hati mu??

ADRY (bukan nama sebenar): Saya sayang ko,..

Noy(Bukan Nama sebenar) :Macam mana dengan Zee (bukan nama ssebenar) ?

Adry: Tolonglah.. Jangan buat masalah..

Noy: Yalah... Saya tahu, kita tidak mungkin akan bersama... Namun, saya mencintai ko dan menyayangi ko lebih dari segalanya... kau pun tahu itu kan? biarlah saya terus menyayangi dan mencintai ko selamanya... cuma.. lupakanlah saja saya, kerana saya tidak dapat menerima penderitaan bila melihat ko bermesra dengan dia.. saya cemburu dan sakit hati.. tapi apa yang boleh saya lakukan??

ADRY: Jangan macam tu..

Noy: Jadi, ko mau sa buat apa? biar terus sakit hati macam ni?

ADRY: Saya tidak mau kehilangan ko. Sa sayang ko.. Ko lah yang banyak bagi sa dorongan untuk hidup....

Noy: Tapi, ko sudah ada dia.. dia akan jaga ko, sayangi ko dan hidup bersama ko selamanya..

Adry: Ko lebih penting dalam hidup sa.. sa mau terus sayang ko juga...

Noy: Jangan!! saya tidak dapat terima ini semua... (Menangis) biarlah sa mengalah saja.. lepaskanlah saya.. Please..

Adry: Tidak Noy.. saya sayang ko.... saya mau ko ada dekat saya selalu..

Noy tidak dapat buat apapa.. dia dalam dilema.. kerana dia sangat mencintai dan menyayangi Adry... fikirannya buntu.. Noy takut kehilangan Adry, tapi dia tahu Adry bukan miliknya.. Noy rasa dirinya bodoh, tapi dia tidak mampu melawan perasaan sayangnya kepada Adry..

Seringkali melihat Adry dengan kekasihnya, Noy akan senyum, tapi dalam hatinya, hanya Tuhan yang tahu.. hanya Tuhan yang mengerti... hatinya bagai diguris dan hancur...
Setiap malam Noy ditemani air mata.. kerana di dalam hatinya hanya ada Adry dan tidak dapat melupakannya..

Monday, September 27, 2010

"Dari kaca mata aku melihat.. pelbagai ragam di dunia.."

Tapi aku berbeza dari yang lain...
hanya aku yang tahu..
hanya Tuhan yang tahu...

lebih baik diam.. daripada berkata-kata
sbb apa yang dikatakan tidak semestinya menggambarkan apa yang difikirkan.. tidak semestinya menggambarkan isi hati sebenar...
baik berdiam.. lakukan yang terbaik., biar Tuhan yang menghakimi... biar Tuhan yang menentukan segalanya...