Friday, June 18, 2010

MENGAPA KU SAYANG?

Tidak pernah terfikir sebelum ini,.. minda hanya terbuka bila G bertanya 'Mengapa kau sayang pada ku?'

Buntu fikiran ku mencari jawapan, kerana aku sendiri tidak pasti mengapa,.. tapi hati ini tetap berkata, 'AKU SAYANG.... SAYANG PADA MU'

Kehadiran G tidak pernah ku duga .. aku masih ingat dulu waktu pertama kali ku ditempatkan di Kg ini untuk bertugas, seseorang datang menyampaikan utusan daripada saudaranya... Dia tidak cakap banyak.. ''Cikgu, ini barang yang dipesankan daripada saudara ku untuk cikgu''.. Setelah diserahkan barang itu, dia pun berlalu pergi.... tidak sempat pun ku mengucapkan terima kasih...
Hmmm... Sepucuk surat tanda penghargaan kehadiran ku di kampung ini, dari seorang kawan lama, Liya.

Setelah berminggu lama tidak mendengar khabar, aku terima satu sms. "Hello, Aku gembira kamu di sini, aku akan meminta saudara ku 'G' datang menjemput mu untuk datang ke rumah ku, aku ingin bertemu kamu dan makan malam bersama di sini. Ikhlas daripada Liya (Bukan Nama Sebenar)"

Imbasan kenangan lalu, seingat aku, Liya ku kenal 10 tahun dulu di bangku sekolah,.. tapi kami tidak kenal lama...apapun, aku teruja kerana kawan lama masih mengingati aku dan ingin menjemput ku kerumahnya...

Dengan perasaan gembira, tanpa berlengah aku bersiap.... tiba-tiba kedengaran guruh menandakan hujan akan turun... lama ku tunggu G datang... hujan pun turun... hati ku tidak senang dan tergerak untuk melihat di luar rumah... Aduh!.. G duduk di tangga rumah ku dalam kebasahan.. rupanya dia menunggang skuter untuk menjemput ku.. tapi dia tidak memanggil aku tadi setelah sampai di luar rumah... aku berikan G wind breaker ku dan mengajak dia masuk di dalam rumah agar tidak rasa sejuk.. tapi walaupun dipaksa, G enggan, dia sanggup tunggu di luar hingga hujan berhenti.. aku tidak dapat memaksa kerana G sangat pemalu..

Bila hujan berhenti, aku ikut G ke rumahnya,.... gembira bertemu Liya.. Liya memeluk ku tanda gembira atas pertemuan semula, kemudian LIya menarik tangan ku masuk ke rumahnya untuk berkenalan dengan ahli keluarga dan ibu bapanya.. mereka adalah keluarga baik-baik.... sungguh terharu apabila mereka menerima dan memberi layanan yang terbaik sehingga ku merasakan mereka sama seperti keluarga ku... aku bersyukur kepada tuhan kerana sementara berjauhan dengan keluarga ku, ada keluarga baru yang ingin menerima ku sebagai ahli keluarga.. kami berbual panjang. kelihatan keluarga ini sangat senang dengan kehadiran ku sehingga mengajak bermalam saja di rumah itu... tapi aku terpaksa menolak dengan sopan kerana belum ada cukup persediaan...... tapi berjanji akan datang dan bermalam pada hari lain..

Oleh kerana Liya bekerja jauh di bandar, sangat jarang pulang ke kampung ini. Liya berpesan, agar selalu datang ke rumahnya walaupun liya tidak ada kerana G dan keluarganya akan menemani aku.

Hubungan aku dengan keluarga ini menjadi erat. G semakin rapat dengan ku, dan kami saling memahami sehingga hubungan kami seakan saudara kandung.. G menjadi teman rapat ku.. lebih erat berbanding persahabatan ku dengan Liya.... G sudah pandai berjenaka, bergurau dan meluahkan isi hatinya tentang hal-hal peribadinya... kami sentiasa meluangkan mas bersama dan berkongsi serta saling memberi dorongan untuk menjalani kehidupan di Kg ini...

Tidak pernah disangka, dalam pertemuan yang singkat itu, G telah banyak memberi ku kekuatan bila ku memerlukan untuk menghadapi segala cabaran, kesukaran dan ancaman di sini...

2 tahun berlalu keadaan baik saja... tiba-tiba, G berubah sikap.. dia menjadi aneh.. dia kurang bergaul dengan ku. rupanya, Liya menjadi berang, kerana G asyik menyebut nama ku semasa mereka mengadakan perjumpaan keluarga... G dilarang berjumpa dengan ku dan dilarang bergaul rapat.. kerana bagi mereka, aku telah meracuni fikiran G sehingga G seolah-olah tidak mempunyai nama lain untuk disebut.... bagi mereka lagi, G lebih memuja aku dan mendengar kata-kata ku berbanding mendengar kata-kata ahli keluarganya..

Aku menjadi sedih kerana dianggap begitu sedangkan setitik niat pun tidak pernah ada di hati untuk menjauhkan G daripada keluarga itu... yang lebih menyedikahkan lagi Telefon bimbitnya dirampas oleh Liya agar kami tidak dapat berhubung lagi...

Disebabkan kemarahan yang membuak, Liya tidak sedar, bahawa yang dikongkongnya itu adalah seorang manusia yang ingin kebebasan yang juga ada perasaan untuk berteman...

Sejak itu, aku menjarakkan diri ku kerana agak tersinggung,.. tapi tidak lama...
kerana aku tidak mampu melihat G sedih apabila aku tidak ingin berhubung dengannya lagi.. kami terus berhubung melalui surat... tetapi tidak kerap seperti dulu... kami masih saling memberi sokongan dan nasihat untuk menjalani hidup di sini... persahabatan kami begitu unik dan begitu bermakna sehingga tidak sesiapa pun dapat memahami.... G menjadi lebih matang, lebih beekeyakinan dan mampu membuat pilihan dalam hidupnya.. dia lebih tegas...

Yang pastinya, kami gembira bila meluangkan masa bersama, berbual dan menjalankan aktiviti harian seperti turun ke blok untuk mengutip cendawan..menyediakan makan tengahari, makan malam, Hang-out bersama teman-teman G yang lain..

Seperti biasalah... setiap pertemuan pastinya ada perpisahan... sampai satu ketika, perubahan harus berlaku...G melanjutkan pelajarannya ke luar negeri, aku bertukar kerja ke tempat baru.. kerana keadaan itu, kami sangat jarang bertemu... Semoga G berjaya menuntut ilmu...

Sebelum berpisah, sempat ku sampaikan pesanan kepada G,..
''Andai ada waktu untuk kita bertemu lagi, pastikan pertemuan itu akan menjadi kenangan yang paling indah.... ''

Kami suda serasi, umpama gitar dengan stringnya, tidak akan menghasilkan muzik yang merdu jika tidak bersatu.... begitulah di dalam hati, kami sangat saling sayang.. sayangkan persahabatan itu... Semoga kami akan bertemu lagi... tapi entah bilakah masanya...

Nama yang indah yang dianugerahkan untuk ku...
Moga nama ini memberi hikmah yang dapat membawa ku ke jalan yang benar..
Thanks to my parents and my siblings for giving me lifes....

Wednesday, June 16, 2010

Sendirian di rumah
hanya kedengaran bunyi detik jam
dan titisan hujan di atap rumah...
kedengaran jauh kicauan burung but-but
... dan desingan enjin kenderaan lalu lalang di seberang taman.....

ku merenung perjalanan ku
sejak 30 tahun lampau,
apa yang sudah ku lalui,
apa yang sudah ku pelajari,
apa yang sudah ku miliki,

Rupanya...
masih banyak lagi perlu ku pelajari
masih banyak rintangan menunggu yang perlu ku lalui pada masa akan datang
masih banyak yang belum ku miliki....

'bersabar sajalah' kata suara dari hati kecilku....
Hidup mesti diteruskan..
berusaha dan teruslah memandang ke hadapan..