Thursday, November 11, 2010

Thursday, November 4, 2010

Dari tingkap rumah ku...



Setiap petang, inilah view yang menenangkan jiwa sesampainya saya di rumah... view ini yang memujuk hati agar tenang dan melupakan kepenatan di tempat kerja..
Uhhh... indahnya warna, cahaya dan susunan bangunan ini mengikut perspektif ruangan yang panjang..

Semalam ada cerita tentang lorong ini.. lorong lumpur yang sedang dibina itu... di sinilah pejalan kaki perlu berhati2, kerana sering berlaku rompakan... 2 orang guru yang sedang berjalan keluar telah disamun... beg duit dibawa pegi.. nasib baiklah, nyawa tidak dirampasnya...

tidak dapat dibayangkan, sekiranya bangunan itu mula dihuni.. bagaimanakah perubahannya nanti? Pasti hingar bingar dan riuh rendah dengan kebisingan penduduknya nanti..

Pagi tadi pun, seawal jam 6.30am, masih lena di atas katil, sudah kedengaran bunyi jentera, ketukan di tapak pembinaan.. aduik.. terganggu rehat ku, padhal hari ini cuti sempena perayaan Dewali.. bercadang nak rehat lebih sikit.. rupanya tidak.. uhh!! tapi hikmahnya... aku harus bangun dan selesaikan tugasan ku yang masih jauh untuk sampai ke penghujung.... moga tuhan bersama ku selalu untuk mengharungi segala dugaan yang mencabar ini... Syukur akan apa yang telah ku perolehi hari ini.. Dan harapan pada hari esok, segalanya akan lebih baik daripada sebelumnya..