Monday, August 30, 2010

Maafkan diri ku sayang...

Dulu... aku pernah menjalinkan ikatan pertunangan dengan seorang insan yang ku sayang.. daripada ikatan itu juga, aku pernah kecewa dan terpaksa memutuskan... sejak itu aku bertekad untuk tidak mahu menjalinkan hubungan lagi.. memang agak berat dan sukar bagi ku untuk memulakan satu perhubungan yang baru.. kerana pengalaman lalu cukup membuat hati ku perih.. sejak waktu itulah terasa jantung ku sudah berhenti berdenyut...

4 tahun menyepi... kuingin memberi peluang kepada diri sendiri agar membuka hati untuk satu hubungan baru apabila seorang jejaka hadir dalam hidup ini. ya.. aku beri peluang kepada diri sendiri dan jejaka itu juga untuk menjalin hubungan kekasih.... aku cuba menyayangi dia dan memberi sepenuh hati ku.. namun aku tidak dapat menyelami hatinya.. seolah berdiri tidak sehala.. melangkah tidak sehaluan.. mainan rentak lagu yang berbeza..

mungkin aku masih dihantui memori.. tapi aku sudah meniggalkan kisah silam ku... aku tahu, kebahagian itu tidak akan ad sekirannya kita tidak membinanya.. namun kebahagiaan perlu dibina secara bersama.. perlunya sokongan padu daripada kedua-dua pihak.. tepukan tak akan berhasil jika hanya sebelah tangan saja berfungsi..

Aku mengambil satu waktu tenang dan mengajaknya berbicara dan cuba mencari satu keserasian dan persefahaman agar saling seiring dalam apa saja yang dijalani kelak.. namun hasilnya mendukacitakan... tidak ada respon positif daripadanya..

Ah! Aku sudah penat.. aku tidak boleh menunggu saja dan menerima saja apa yang bakal berlaku.. aku tidak ingin menunggu sesuatu yang tidak pasti dan tidak menampakan satu usaha untuk memperbaiki hubungan ini.. Hubungan ini DINGIN.. dia tidak pernah ingin berkongsi dengan apa bentuk pun.. tidak pernah berkongsi masalah, tidak pernah berkongsi kegembiraan, tidak pernah berkongsi kesedihan... APAKAH YANG BERMAIN DI FIKIRANNYA? SIAPA AKU DISISINYA? tidak ada jawapan...
ADUH!..

Cukup sudah! Hanya ini yang mampu ku lakukan.... Maafkan diri ku sayang... bukan niatku melukai mu...Namun hati ku lebih luka kerana sikap mu... Kata mu hati kita satu, namun hati mu bagai lukisan kusut.. sukar bagi ku untuk mentafsirkan kata hati mu... maafkan diriku sayang, disisimu aku terasing, bagai mengiringi insan yang bukan milik ku... bagai camar sesat di tengah lautan...
pernah ku katakan dulu.. terimalah diri ku seadanya.. andai terpaksa berpisah.. izinkan ku pergi...

2 comments:

  1. Apapun, I pray for your happiness :D hehehe

    ReplyDelete
  2. thanks my friend for the big support.. i really need that.. and appreciate it...

    ReplyDelete